Tuesday, April 22, 2014

bogel juwita




juwita terbogel
terungkai pertonton persepsi
timbang tara duniawi
si pelacur terpempan
pegun
      hanya pegun

juwita sayang
tanpa seutas benang
selaut maruah hilang
senyum hambar;
                          pejam

bang
habis, tolong?
cepat habiskan

juwita nak pulang;
       nak beli nasi.







10.00 malam, 22 april 2014
kajang
       

Sunday, April 13, 2014

yang berhormat narsisis


joe
    lelaki melayu pelat inggeris
tak layan pelikat
gadis berbaris
jambul tinggi siap berkumis
bukan p ramlee tapi rhys meyers

joe
    tak main kumeng semua skirt pendek
muzik melayu tak cukup asyik
sudu dan garpu tak reti tangan
seni melayu semua bajingan

joe
   olak buri bila disanggah
         "kau tak reti; 
         tak cukup gah"
dengar kata joe; si jejaka lengkap
apa dia ludah; jangan pernah kau lap

abbas juhari bin murad mahabu
     manusia yang terlalu hebat untukmu.






11.45pagi, 14 april 2014
bangi




Saturday, April 12, 2014

Opah



opah pergi semalam
raut tenang
hela akhir
      yang penghabisan
bersama kalimah tuhan

aku di kaki

opah pergi semalam
selepas maaf
selepas redha
selepas lepas segala-gala

aku di kaki

opah pergi semalam
bersama yassin
bersama catat illiyyin
aku tahu aku tahu

aku di kaki

opah
cucu mu ini takkan lupa.




Thursday, April 10, 2014

dan tuhan itu



dan tuhan itu
hanya suku kata
hanya sepatah rasa
hanya sebaris insaf
selepas dosa

dan tuhan itu
hanya sepotong kalimah
hanya istilah erti
surat tak sirat
lafaz tak maksud

dan tuhan itu
hanya jadi sebab
hanya jadi punca
hanya seri majlis
hanya resam rasmi

kemudian kau bilang
kau dulukan tuhan.



8.44pagi, 11.04.2014
bangi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...