Friday, November 30, 2012

Kaya Itu Tidak Perlu



Kenapa hati perlukan takhta
Kau letak permaisuri kau letak raja
Semayam monarki kau canang dunia
Konon dinasti sudah terbina

Kemudian rebah?
Nah. Padan.

Tidakkah sedar tabiat si kaya
Lupa diri bila segala terpunya
Tak pernah cukup sayang terbelanja
Akhirnya boros papa kedana

Pokai.
Kini kau cemburu sama jelata

Yang makan berkais tapi tak sepi
Yang poket terisi hanya upah sehari
Esok sekupang dua berbaki
Dikumpul disimpan tidak membeli

Kemudian hidup tenang
Tanpa canang.




30 November, 11.52 malam
Tempat biasa





*ketawakan si kaya depan mata, kalih sebelah ternampak cermin

Friday, November 2, 2012

Perihal Bontot Perihal Hati

Ah kematu bontot;
dilapik kerusi yayasan
Terpaku berteman helaian kertas elektronik kosong
Sekosong hati sekosong diri
Sekosong kosong bulat dan lohong

Buntu
Tersekat padat
Aku penat.

Lalu melayang;

Mata ini aku paksakan pejamnya
Otak ini aku kerah sekejamnya
Tapi tak lahir
Tapi tak zahir
Butir-butir kamu yang perlu aku isi tempat kosongnya
Aku cuba; tetap mencuba
Walau sepatah haram aku tak faham;
Apa lagi ni...

Hah...
Borang sedap hati mana lagi perlu aku lengkapkan?
Mana pen mari aku conteng kata-kata manja
Bersulam lahanat secukup rasa.



3 November, 3.07 pagi
Shah Alam




*dan lagu kosong najwalatif ini sama sekali tidak membantu. heh.



Wednesday, September 19, 2012

Suatu Itu


Sepetak kecil prosa segan;
terhidang kala ini
Hanya termain dalam hati

Sepotong ayat buku biru;
terbaca kala ini
Tubruk jiwa...dalam-dalam

Sekeping senyum leret;
cacah gumbira kala ini
Tempel gambar sukar digambar

Oh suatu itu kamu
Oh suatu itu kamu.





20 September 2012, 1.29pagi
Shah Alam



Friday, September 7, 2012

Pejam

Pejam
Itu saja kumahu
Itu saja sekarang...
Moga pejam bawa celik
Jangka masa perlahan detik
dan disitu terbit peluang;
Merabai dosa pahala dunia.

Pejam
Itu saja cara
mengukur hikmah sebalik lara
mendaulat apa yang dulu tercincai
Cerita terbantut menjadi usai

Pejam
Cantum kelopak mata
Terbit sebak dada
Melerah salah menggunung
Memohon ampun yang Agung...

Pejam
Sedatif ku hanya pejam.





8 September 2012, 1.33 pagi
Shah Alam (mengukur diri)




* siapa kamu hakimi aku?

Tuesday, August 28, 2012

Hospital

Kebelakangan ini; selalu ke tempat sedih
Tempat ratap, tempat resah,
tempat risau, tempat gundah,
Tempat berharap harapan terhadap;
Sekali lagi... hanya sekali saja lagi.

Tempat berjanji bernazar meminta,
Mengikat janji dengan yang Esa,
Kalaulah sekali saja lagi dibentang;
akan ketagihan bernama peluang,
Lunas segala, hanya dengan sekali saja lagi.

Oh tuhan, hanya sekali saja lagi.




29 Ogos 2012, 3.37pagi
Shah Alam (terbangun dan terfikir sejenak)






*alhamdulillah peluang diberi padaku. dengan rendah diri hamba pohon padaMu, berikan yang sama untuk kakak dan ibuku ya Allah.

Saturday, August 11, 2012

Dalam Surat Ada Kita


Oh betapa kita suatu persuratan
Antara coret yang sebaliknya hakiki
Tiada tulis
Tiada lukis
Hanya gores mencanak abstrak
Sebegitu lusuh...
Sebegitu lusuh...
Sebegitu lusuh...

Tak mungkin terbaca rumi dan jawinya.

Lipatkan saja helaian kosong
Sisipkan antara degupan jantung
Biarkan isi tiada kalimat
Biarkan sirat tiada tersurat

Kuncup rasa tak mungkin tebus,
Lompong jiwa sendiri kambus.





12 Ogos 2012, 3.07 pagi
Shah Alam (sahur seorang)



*salam ramadhan, belum terlambat kan? :)

Tuesday, August 7, 2012

Random Bloody Haikus

A bloody haiku
All i'm able
We worth more

Hope and despair
And everything between it
Beyond repair is underrated

Love songs on the radio
Keep you floating
But there's gravity, remember?

Drunk of love they say
When all that we were
We drunk empty fortnight

With no clues of future
With only experience as teacher
Mistakes are preferable answer




and this is a random picture.

p/s: escaping alone. escaping bore.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...