Thursday, May 7, 2015
Janggal
segenap lubuk
pintal-pintal kasih bercampur warna
merah selubung putih
hitam beralun kasih
dan janggal pun datang
sedekad berjuang untuk pintalan janggal ini?
seusia mencari ini?
hanya... ini?
berikan aku segelas air
menunggu masa kahakku cair.
7 mei 2015. setahun dan masih disini.
Sunday, May 4, 2014
harap mengharap
dan sungai terbentuk
mengalir deras ditebing pipi
arus membawa kerikil-kerikil dosa
sayu, penat, kecewa, benci
apa lagi?
apa tak cukup?
semua dah bagi
semua dah hirup
yang tinggal hanya isi dan rangka
roh berpaling nyawa berpura
berdegup
kampoi erti buang sayang
tengahari terik tiada bayang
dan dia masih menanti.
4 mei 2014.
Tuesday, April 22, 2014
bogel juwita
juwita terbogel
terungkai pertonton persepsi
timbang tara duniawi
si pelacur terpempan
pegun
hanya pegun
juwita sayang
tanpa seutas benang
selaut maruah hilang
senyum hambar;
pejam
bang
habis, tolong?
cepat habiskan
juwita nak pulang;
nak beli nasi.
10.00 malam, 22 april 2014
kajang
Sunday, April 13, 2014
yang berhormat narsisis
joe
lelaki melayu pelat inggeris
tak layan pelikat
gadis berbaris
jambul tinggi siap berkumis
bukan p ramlee tapi rhys meyers
joe
tak main kumeng semua skirt pendek
muzik melayu tak cukup asyik
sudu dan garpu tak reti tangan
seni melayu semua bajingan
joe
olak buri bila disanggah
"kau tak reti;
tak cukup gah"
dengar kata joe; si jejaka lengkap
apa dia ludah; jangan pernah kau lap
abbas juhari bin murad mahabu
manusia yang terlalu hebat untukmu.
11.45pagi, 14 april 2014
bangi
Saturday, April 12, 2014
Opah
opah pergi semalam
raut tenang
hela akhir
yang penghabisan
bersama kalimah tuhan
aku di kaki
opah pergi semalam
selepas maaf
selepas redha
selepas lepas segala-gala
aku di kaki
opah pergi semalam
bersama yassin
bersama catat illiyyin
aku tahu aku tahu
aku di kaki
opah
cucu mu ini takkan lupa.
Thursday, April 10, 2014
dan tuhan itu
dan tuhan itu
hanya suku kata
hanya sepatah rasa
hanya sebaris insaf
selepas dosa
dan tuhan itu
hanya sepotong kalimah
hanya istilah erti
surat tak sirat
lafaz tak maksud
dan tuhan itu
hanya jadi sebab
hanya jadi punca
hanya seri majlis
hanya resam rasmi
kemudian kau bilang
kau dulukan tuhan.
8.44pagi, 11.04.2014
bangi
Tuesday, March 11, 2014
That Shit We Call Togetherness
That shit we call togetherness
An aspiration of everlasting hand in hand
A whole life dedicated to the same horrible breath
the same smelly armpits, the same oily face
the same split hairs
That shit we call togetherness
A dedication of every minute around the clock
A circumstance where mindfuck is inevitable
Banging the holy hole of soberness hour by hour
the readiness to be raped again and again
the willingness to smile upon slim glimmer of hope
for the plural; us
'
That shit we call togetherness
A seal carried along the sail out to the unknown
Pretentious Columbus fallacious prospectus
marketing dependency upon independence
advertising uncertainty between love and alliance
That shit we call togetherness, ladies and gentleman...
Needs to go to rehab.
1.43am 12.03.2014
Kajang
Subscribe to:
Comments (Atom)