Thursday, January 17, 2013

Vendetta Kosong



Kau nampak aku; kosong
Tak ganjak tak gerak
Radio terpasang
Irama baru; usang
Fizikal tak maya
Lumpuh dan kaku

Oih
Kosong bukan sebarang
Dua medan berperang
Berbalas tembak
Gerung dalam gelak;
Esak-esak tenggelam tertopeng

Alkisah otak dan hati
Tengkar dalam vendetta diri.






3.24pagi, 18 Januari 2013
shah alam



*escapism ini tak cukup





Wednesday, January 9, 2013

Apung-apung Rasa



oh inikah rasa?
lama benar tidak ketemu?
tidak seperti yang kuingat
seingatku tak semewah ini

oh inilah rasa?
papah dikala ku kongo
ibarat pengampunan algojo
diangkat lalu peluang kedua
tertongkat kita~
sederap; aku terbawa

oh rasa ini...
terlampau simetri angan;
syurgaloka betara guru
setiap tunggu pasti kulagu
apung-apung bak dongengan;

tuhan;
terlalu baik padaku.





5.39pagi, 10 Januari 2013
Shah Alam


Sunday, January 6, 2013

Meniru


Sepasang sayap terpasang di bahu
Bukan untuk terbang
Bukan untuk terbang
Hanya kias si kicau yang tak mungkin tergapai

Sebaris lirik melodi dilagu
Bukan untuk nyanyi
Bukan untuk nyanyi
Hanya lekat tatkala dialun; setakat halkum

Kita hanya meniru burung.








11.25mlm, 6 Januari 2013
Kampar


*selamat tahun baru

Saturday, December 29, 2012

Entri Penanda



Entri ini adalah penanda. Yang paling akhir. Yang paling hujung. Yang paling lutsinar. Yang paling penamat. Yang berhak menuntut setitis dua keringat mata. Yang berhak dikenang putaran lagu sama; hanya 3 kali. Yang mencatat suatu diri untuk ditoleh sendiri kelak;  lalu mengangguk; tanda sudah. Sudah. 

Kisaran angin sedih malam ini yang terhabis sekali si fitghi tribute-kan. Selamat berjalan.






p/s: kini bersama masa hadapan.

Monday, December 17, 2012

Si Kalah


Hari ini Haikal kalah
Kalah pada noda yang pasaknya cuma bayang
Kalah pada tempias bisik pendua diri
Yang sewenang pergi bila nya rebah
Lalu terbang naik, melihat ke bawah, dan ketawa;
"terjatuh lagi kau gemuk?". Brengset.

Terjelepok terus bersimpuh
Lalu membelai sungai angan;
tiada hulu mahupun hilirnya.










1.43pagi, 18 Disember 2012


*ironi waktu buatku ketawa sendiri

Friday, November 30, 2012

Kaya Itu Tidak Perlu



Kenapa hati perlukan takhta
Kau letak permaisuri kau letak raja
Semayam monarki kau canang dunia
Konon dinasti sudah terbina

Kemudian rebah?
Nah. Padan.

Tidakkah sedar tabiat si kaya
Lupa diri bila segala terpunya
Tak pernah cukup sayang terbelanja
Akhirnya boros papa kedana

Pokai.
Kini kau cemburu sama jelata

Yang makan berkais tapi tak sepi
Yang poket terisi hanya upah sehari
Esok sekupang dua berbaki
Dikumpul disimpan tidak membeli

Kemudian hidup tenang
Tanpa canang.




30 November, 11.52 malam
Tempat biasa





*ketawakan si kaya depan mata, kalih sebelah ternampak cermin

Friday, November 2, 2012

Perihal Bontot Perihal Hati

Ah kematu bontot;
dilapik kerusi yayasan
Terpaku berteman helaian kertas elektronik kosong
Sekosong hati sekosong diri
Sekosong kosong bulat dan lohong

Buntu
Tersekat padat
Aku penat.

Lalu melayang;

Mata ini aku paksakan pejamnya
Otak ini aku kerah sekejamnya
Tapi tak lahir
Tapi tak zahir
Butir-butir kamu yang perlu aku isi tempat kosongnya
Aku cuba; tetap mencuba
Walau sepatah haram aku tak faham;
Apa lagi ni...

Hah...
Borang sedap hati mana lagi perlu aku lengkapkan?
Mana pen mari aku conteng kata-kata manja
Bersulam lahanat secukup rasa.



3 November, 3.07 pagi
Shah Alam




*dan lagu kosong najwalatif ini sama sekali tidak membantu. heh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...