Sunday, May 26, 2013
Sehari Selepas
sehari selepas dua puluh lima
dua puluh lima tahun selepas itu
suku abad terbunyi lama
tapi tak rasa waktu yang lalu
waktu, berhenti boleh?
sekejap saja...
boleh?
aku mahu ambil kamera
mahu kubingkai ini
ini;
bukan picture perfect
tapi cukup.
5.32pm 26 May 2013
shah alam. seorang.
Thursday, May 2, 2013
Pagi dan Pink Floyd
pagi dan pink floyd.
pejam dan senyum.
aku tinggalkan nyata sementara daya.
Kelak realiti menarik kaki jejak tanah.
dan;
mengarah sudah.
Sementara daya; selamat tinggal graviti.
Aku tenggelam dalam seni;
izinkan aku lemas disini.
11.18pagi, 3 May 2013
di atas karpet ajaib tiada terbang
Wednesday, May 1, 2013
Sudut Sedar
Raut wajahnya senyum; terselit jelik
Cepatku tangkap; aku kupas satu-satu
Aku bingung; apa mungkin tak cukup cerdik
Setelah kukupas kupulas aku korek-korek
Ruyung tak pecah
Mana mungkin?
Apa jampi?
Puas kukupil kutil-kutil
Langsung tak lawa
Langsung tak kacak
Langsung tak mewah
Tiada cara tiada gaya
Biasa
Oh cermin itu;
di cermin itu aku.
2.02pagi, 2 Mei 2013
di atas karpet hijau
Tuesday, April 16, 2013
Jalan Takut
Susur jalan itu...
Aku nak lalu
Tapi...
Liku pelik
Saku kocek
Semua kuramas tapi tak rasa
Ah!
Mana menatang ni
Aku nak suluh!
Tak nampak!
Raba-raba maju
selangkah demi selangkah
Nah!
Kelibat hitam bergincu
Hampir menerjah
Celaka. Apa bangsat kau bikin sini!
Ini tempat aku!!!
Tutup mata redha
Bait-bait dikerongkong
Tak lepas kotak suara
Lucu dalam takut
Apa kejadah?
Sekarang...
Baru mula nak eja.
Ini lawak kelas pertama.
12.12pagi, 17 April 2013
Shah Alam
Saturday, March 16, 2013
Hati Tanpa Graviti
Asal malam je terapung
Asal malam je terapung.
Duduk diam-diam boleh tak,
hati?
Aku penat nak kejar
Satu kerja pulak,
nak tarik kau turun;
jejak bumi.
11.01am, 16032013
shah alam.
Asal malam je terapung.
Duduk diam-diam boleh tak,
hati?
Aku penat nak kejar
Satu kerja pulak,
nak tarik kau turun;
jejak bumi.
11.01am, 16032013
shah alam.
Wednesday, March 13, 2013
Cerita Karim
Karim; jejaka buntu suku abad. Seperti mana insan seusia; dia mencari.
Cari kerja.
Cari awek.
Cari harta.
Cari gah.
Karim; jejaka buntu suku abad. Dia lupa. Dulu dia abstrak.
Cari impian.
Cari mimpi.
Cari cinta.
Cari erti.
Karim; jejaka buntu suku abad
Dah ditutuh persepsi
Dah diihenjut kehendak
....masyarakat.
11.57pm, 13.03.2013
shah alam
Thursday, March 7, 2013
Monolog Haikal
Malam baru lepas hujan. Baru pukul lapan. Haikal melepak di dapur rumah. mati kutu.
"Awal lagi...", ujar Haikal pada diri, lalu tersengih sendiri.
"Ahhh. Haikal nak keluarlah kejaplah long", kata Haikal pada kakaknya yang kusyuk menatap facebook di meja makan.
Aik? bukan ko sakit perut ke tadi?" Tanya along padanya.
Haikal sakit perut. tapi dia tahan dulu tahinya. Dia tak sanggup lagi dibunuh kebosanan di rumah.
"Berak bila-bila boleh, keluar kadang-kadang tak boleh", jawab Haikal; mengundang ketawa kecil along.
Dia bergegas ke bilik untuk bersiap.
Dilondehkan seluar tidurnya lalu disarungnya jeans koyak. Ramai orang ingat jeans koyak dia tu sengaja dikoyakkan agar tampak rocker dan rebel, tapi tak ramai yang tahu sebenarnya seluar jeans itu usang, sejujurnya hanya usang.
"Bapak, Haikal keluar sekejap ye? Nanti Haikal belikan barang yang mak pesan sekali", Haikal mengayat bapaknya untuk meminjam Proton Persona silver yang baru dibasuh. Tangannya sudah menggapai kunci kereta yang tergantung.
"Elok-elok kamu".
Yes! Itu yang Haikal nak dengar. Senyum lebar sambil melangkah ke pintu. Baru nak disarung selipar, dia tersedar akan item terpenting sekali untuk agenda malam itu. Lalu gegas dia kembali ke bilik, membuka laci.
"Nasib baik aku tak lupa kau", separa bodoh Haikal bercakap dengan kotak Winston Light nya. Digoncang-goncangnya untuk kepastian. Ah! ada lagi empat lima batang. Jadi la.
Dimasukkan kotak itu ke dalam poket, dan diukirnya raut wajah innocent kembali sebelum melintas ruang tamu. Bapak yang sedang menonton berita hanya tersengih dengan muka seolah-olah berkata, "macamlah bapak tak tahu".
Haikal pandu kereta malam itu. Meter hanya empat puluh kilometer sejam. Dia putar himpunan lagu termuat dalam pendrive yang sedia terpacak di corong USB kereta. Himpunan lagu-lagu lama kepunyaan bapak.
"Seketika itu... sepi mencuit hati... hanya suara hujan..."
"Ahhh!! Pantek kau! Diam ah", marah Haikal pada Flybaits, lantas menekan butang next untuk lagu seterusnya.
"Babi betol lagu sedih-sedih ni".
Tiga saat kemudian dia tergelak kecil. Entah apalah dia marahkan tadi; dia pun terbongok sekejap memikirkannya.
Sampai saja di Tasik Barat, Haikal mencari tempat kosong untuk merokok. tak sabar rasanya merokok sambil melihat ketenangan tasik. "Jiwang sekejap apa salah", detik hatinya.
Sejenak dia lalai dalam tenang...
Tak sampai separuh batang ternyala, datang sebuah Kriss ditunggang seorang lelaki.
"Aiseh bawak karo laaa..." Mata Haikal tak lepas melihat minah berbaju ketat yang membonceng dibelakang. Motosikal itu berhenti kira-kira dua depa darinya.
Pasangan itu turun, duduk, mula tergelak-gelak gedik.
"Ni lagi satu pantek", cemburu; Haikal menarik asap sedalam-dalamnya lalu membuang pandangan kembali pada tasik dan lampu-lampu cantik yang terpantul dari airnya.
Sejenak tenang itu datang kembali...
............
"Ala, ayang main jela... Merajuk pulak bi ni"
"Ayang ni buat bi marah tau"
"Bila lagi ayang nak buat bi marah"
"Bi cubit kang"
"Takmau la bi... huuu"
..........
"Aduh la dua ekor ni... biiiii biii kepala babi hangpa ah", marah Haikal; hanya dalam hati.
Haikal pun nyalakan sebatang lagi Winston, nekad hisap dua batang sebelum pulang.
..........
"Bi lapar tak ni bi..."
"Ada ayang bi tak lapar"
"Eleh bi ni tadi merajuk"
"Sebab bi tahu ayang akan pujuk"
............
"Po...ke...mak...benarrr dua ekor ni", kata hati Haikal lagi; tak puas hati.
Haikal sedar dia cuma cemburu. Tapi egonya menepis fakta. Dia gantikan dengan 'geli'. Alkisah kononnya dia geli dengan semua itu. Cait poodah.
..........
Haikal terus termenung, merenung lebih jauh; sejenak tenang kunjung kembali bersama palit emosi pelbagai. Emosi yang dia redhakan sahaja. Apa yang terbuku hanya dibukukannya jadi diari. tak perlu dibaca oleh yang tak sungguh. Tak perlu ditayang kepada yang tak penting.
...........
"Bi ni buat ayang rindu thauuuu...", si gadis menggedik seolah mereka hanya berdua di dalam bilik.
Haikal terganggu.
...........
"Oh fuck man, this is my limit", Haikal berbisik sambil mengerah semua tenaga dan tekanan ke bontotnya.
Diangkatnya sebelah bontot yang terhala ke arah mereka.
Protttttttttttt!!!!!
Haikal melepaskan angin kentut tahi yang ditahan dari rumah tadi, kira-kira tiga setengah harakat panjang bunyinya.
Dia tunggu dua saat untuk bau kari ayam basi dan petai itu bercampur udara tasik dan semerbak. Lalu dia bangun tersenyum, mencampakkan puntung dan berjalan ke kereta; rasa puas, rasa win.
Pasangan itu tinggal terpinga, semacam tak percaya dan buntu.
"Jangan kacau Haikal monolog lain kali", monolog Haikal.
Heh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
