ruang
aku perlu ruang
untuk jatuh bersama daun-daun kering
aku mahu pejam dan terbang bersama rasa asing
seperti dulu-dulu
tapi masa itu cemburu
pada hakikat yang kita ini bebas
menutup kabur apa yang jelas
sehingga aku terkapai
buta
keluhan rindu semakin sepi
rintihan jiwa tidah berbunyi
jadilah kita umpama robot-robot manusia
tiada rasa pada frasa-frasa syurga dunia kita bersama
aku terbuli.
13092017
seremban
1.46pagi
Tuesday, September 12, 2017
Friday, June 30, 2017
empangan hati
yang terbawa adalah beban
bertahun - tahun membina empangan hati
menahan kemas sungai dunia
agar tak lepas
agar berpada
pada perasaan yang sering akhirnya menipu
pada jiwa yang suka didusta
yang ternampak adalah semalam
ceritera yang sudah bertirai
plot yang sudah berlabuh
tersisi pada realiti kita dan apa sebenarnya
bata-bata empangan itu
elok disusun kau dan aku
rapi tak berjarak;
utuh tak bertiris
untuk suatu masa semalam.
01072017
alor setar
12.21pagi

Thursday, May 4, 2017
kau wacana cinta
suria,
kita dah sampai
lihat tu; garis -garis penamat sayang
cantik dan sedih membelit bersama
itu kita yang punya
ayuh berpimpin langkah bersama?
eh? tapi kenapa kau masih tersimpuh?
mengajak aku baring di pangku;
mengusap lembut rambutku
mendendang lagu - lagu kepunyaan mimpi - mimpi
yang kita tahu sekadar suatu sekadar.
ya
kau wacana cinta aku
sampai bila -bila
lepaskan, kali ini, tolong?
04052017

Tuesday, December 6, 2016
kepingan rasa
merangkak sekeping jiwa; longlai
pecah
terpisah
berderai
menjadi keping-keping kecil,
tiapnya cerita perihal dongengan pak pandir
hadir bersama seantero pahit dan manis
luka-luka dan kudis-kudis kehidupan
cantik-cantik dan huduh-huduh kebenaran
rela ia terdampar
rela ia terbiar
rela ia dipijak
berikan aku secawan kopi; mari aku kisahkan...
Sunday, July 17, 2016
Perihal Babi : Damai Dosa Semalam
Latif berjalan longlai. Tiada daya mencari penghabisan yang terulung akan kisah-kisah dusta jajaan pendeta-pendeta radio. Mereka kerap berbahasa cinta, namun Latif kurang arif akan di mana akar sayangnya.
"Bohong. Penipu", ujar dia pada diri. Dia patah. Dia rapuh. Dia tak faham kenapa dia ditinggalkan.
Meniti titian konkrit menutup longkang kotor Jalan Pasar di tengah sudut sunyi Kuala Lumpur, mata Latif melilau mencari sinar yang bisa menarik dia ketepi agar tidak jatuh. Tapi semua kelam. Hari sudah pukul 12.30 tengah malam, lalu dia akur.
Penat, Latif duduk dan terus meneguk sebotol Tuborg, alkohol terpondan yang termampu dibeli di Kedai Serbaneka Seven Eleven berdekatan. Selepas mengesat air mata, dia nyalakan sebatang Winston putih, terus menangis kembali.
"Kenapa aku! Babi la, kenapa aku!", jeritnya sekuat hati pada langit gelap.
"Sekarang dah tak ada yang sayang aku! Cinta tu babi! Sayang tu babi!", bebel Latif sendiri sambil menumbuk-numbuk dahi, mata terpejam.
Sungguh dia rasa kalah. Sungguh dia rasa nak mati. Dia benar-benar rasa tertipu dek buaian penceritaan klise novel-novel Melayu, drama-drama Melayu, lagu-lagu Melayu.
Frasa 'separuh nyawa merindu' tiba-tiba membuat dia rasa jelek dan kotor, seakan terpegang tahi.
"Aku yang sepenuh jiwa raga merindu pun kena buang, apatah lagi separuh, bodoh gila babi!"
Habis minum dan merokok, Latif memulakan perjalanan pulang ke Shah Alam membawa hati yang koyak. Laju membelah jalan persekutuan, tiba-tiba enjin motosikalnya terhenti.
"Malang apa ni! Minyak pulak habis!" "Nasib apalah yang aku dapat ni!" "Bodoh punya motor!" &*^**-/*&^%%~~
Penat sumpah seranah, Latif terhenti dan terdiam. Matanya terkedip-kedip, mulutnya terlopong. Di bahu jalan persekutuan itu, dia menggelengkan kepala dan tersenyum tanda sedar akan jawapan mengapa dia ditinggalkan kekasih dan tuhan.
"Oh patutlah..."
"...aku yang babi rupanya..."
Lalu perlahan-lahan dia menyorong motosikal membelah malam. Menyorong damai dosa semalam.
seremban, 6.36 petang. 17 julai 2016.

Tuesday, June 21, 2016
perihal cinta rindu aurora
jarang cinta kubahasakan cinta
jarang rindu kubahasakan rindu
sementelah jiwa ini sembunyi
dari bunyi-bunyi sumbang
dari lagu-lagu sayang
takut terkesan terkesima tertipu
namun aurora jiwaku aurora
degup ini rentaknya cinta
hela nafas berbau cinta
setiap kata titipnya cinta
benar-benar jatuh cinta
apatah lagi suamnya rindu
ku peluk tubuh ku rintih sayu
betapa sesaat menjadi selalu
betapa sehari ku harap berlalu
hingga kita ketemu
benar-benar rindu
sungguh
aku tak mampu.
aku tak mampu.
aku tak mampu.
seremban 6.26 petang 21 jun 2016
aku kini seorang bapa.
Sunday, February 14, 2016
jelas
jelas nasib dah jatuh hukum
tatkala doa dibawa angin terbang
memanjat langit mencari Dia
memejam mata mencari lapang
lepaskan kudrat lepaskan daya
jelas tuhan tidak berpaling
pada pendosa-pendosa kesayangannya
pada suatu hajat jujur dan terbogel
pada suatu syukur yang utuh tak bertiang
jelas kita bukan sekadar jasad
dipandu nafsu menari-nari
di batas-batas beda neraka syurga
waima diseru berkali-kali
megah berpaling terus tersengih
untunglah tuhan masih kasih.
seremban. 5.36pm. 14 februari 2016.
Subscribe to:
Comments (Atom)