Tuesday, August 30, 2011

Lebaran Buat Aku Berfikir

Lebaran ini sama
Senyum, tangis; semua pun sama
Lauk, minum; rasanya sama
Rutin, rutin, rutin.

Tapi aku tak bosan,
Tapi aku bahagia,
Tapi aku mahu lagi begini,
sampai bila - bila.
Begini ini bagus,
Begini ini tiada pura,
Begini ini aku harapkan selamanya, setiap tahun,
setiap masa.

Tapi semuanya ada akhir,
macam semalam, macam tadi,
macam angan, macam mimpi,
macam nafas, macam lagu,
macam kau, macam aku,
Semua ada noktah.
Noktah.


p/s: hanya redha.



bota kiri, 1 syawal 2011.
5.44pm

*salam aidilfitri kepada siapa yang sudi membaca. tolong ampun dan halalkan segala. terima kasih.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...