Friday, October 28, 2011

Nasib Warisan Ditangan Keling Botol

Sedih aku
Melihat warisan ditertewa bangsa sendiri
Berdekah-dekah hati digeli
Yang sayang boleh kubilang dijari
Selebihnya rela berdiam diri

Seperti kau dengar di kaca TV;
Semalam membentuk kau hari ini
Kelmarin pengalaman yang boleh kau isi
Mengapa tidak kau sayang puisi?

Habis pun belum; sinis dah kuntum
Tamat hikayat; perkecil tersurat
“Seni tu kuno, hentam keromo”
Aku pun sengih; nak kecewa pun letih

Ibarat kotor, jijiknya sampah
Dicampak dibuang, berterabur merata
Sampah pun bolehlah; ada yang kutip
Dek keling botol; mengadu nasib.



29 Oktober 2011, 10.40 pagi
Shah Alam (pagi yang tenang)



p/s: kecewa dalam senyum mendengar puisi ditertawa generasi seusiaku di youtube. mungkin kerana mereka tiada minat, mungkin juga kerana justin bieber lebih stylo :)




Wednesday, October 26, 2011

Sekadar Mengingatkan Diri Sendiri



Naiknya aku ke atas pentas Isnin depan untuk korang berdua,
Tunduknya aku pada Dato' Si-Polan-Entah-Siapa adalah tunduk terima kasih aku pada korang berdua,
Salam aku pada si Dato' itu nanti adalah salam terima kasih aku pada korang berdua,
Topik petak ridiculous aku, jubah huduh klu klux klan aku, genggaman ijazah aku nanti untuk korang berdua,

Semoga sengih kambing aku hari tu nanti berjaya bikin korang hilang penat membesarkan aku sebesar ini,
Semoga langkah-langkah bangga aku nanti berjaya buat korang bangga,
Semoga semua ini boleh membuat korang kata nanti;

"Tu Fitri, anak kami"

Senyum,lalu menarik nafas lega.








p/s: siapa kata konvokesyen hanya rutin bosan? :)



Sunday, October 16, 2011

Apa Kata Kau Cuba?

Cuba letakkan diri kau dalam kasutku;
Gendang dipalu bertalu-talu
Mata kucing pun kau kata ciku
Ais dah cair tak lagi beku

Cuba ceritakan aku kisahku;
Bangunnya pagi kakukah kaki?
Senaknya perut apakah isi?
Diamnya mulut akal nya mati?

Cuba pakai baju XXL aku tu;
Labuh tak kain panjang ke lutut?
Ataukah ketat; nampak ke perut?
Kalau tak cantik jangan disungut.

Putarnya bumi di Bima Sakti
Saktinya mana, kau tahu sendiri

Perlu aku cerita?





Berger King Shah Alam, 9.06pm
16 Oktober 2011



*mungkin aku perlu berdiet.



Friday, October 7, 2011

Lebih Kosong Dari Isi

Cakap lebih. Cakaplah lebih. Lagi lebih cakap, lagi kosong jadinya. Ada faham? siapa faham? Aku pun kurang faham. Sebab itulah aku menulis ini.

Kalau dah kurang, kuranglah. Apa guna canang-canang, hentak-hentak kaki mengaku palsu itu betul. Apa? susah sangat nak terima hidup ini tak seindah novel cinta? Susah sangat nak mengaku kita tak se-hero mana?

Dey, mana ada hero... hero kan dongeng.

Jujur. Jujurlah pada diri. Jujur pada diri bawak jujur pada orang lain. Jujur pada orang lain pupuk jujur berpanjangan. Jujur berpanjangan itu kan berkat? Hidup berkat mati pun tenang.

Atau bukan berkat yang kita cari?

Persetankan semua tanggapan orang. Baju lusuh tu lusuh lah. Seluar cabuk pun seluar juga. Kalau dah mampu jangan pura-pura miskin. Apatah lagi kalau tak mampu, janganlah mengaku kaya. Senang kan? Ke susah?

Jangan cakap kosong, biar setiapnya terisi. Hidup puas, mati esok pun takpe.


Ke tak? Hm.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...