Tuesday, August 30, 2011

Lebaran Buat Aku Berfikir

Lebaran ini sama
Senyum, tangis; semua pun sama
Lauk, minum; rasanya sama
Rutin, rutin, rutin.

Tapi aku tak bosan,
Tapi aku bahagia,
Tapi aku mahu lagi begini,
sampai bila - bila.
Begini ini bagus,
Begini ini tiada pura,
Begini ini aku harapkan selamanya, setiap tahun,
setiap masa.

Tapi semuanya ada akhir,
macam semalam, macam tadi,
macam angan, macam mimpi,
macam nafas, macam lagu,
macam kau, macam aku,
Semua ada noktah.
Noktah.


p/s: hanya redha.



bota kiri, 1 syawal 2011.
5.44pm

*salam aidilfitri kepada siapa yang sudi membaca. tolong ampun dan halalkan segala. terima kasih.



Friday, August 19, 2011

Semalam

semalaman melintasi masa lalu
sengih aku panjangkan

di sini di situ pernah berpesta
kiranya konon nikmati muda

ada aku kesah esok yang datang?
ada aku kesah pecah tembelang?

tak kesah langsung bila nak henti
tak kesah langsung bila nya mati

bangsat sungguh kau pengalaman
biar pun salah memberi nyaman
bangsat benar kau pengalaman
dah puas jolok engkau pun jalan

dan aku tersenyum disini.

heh...



12.45pm, 20 ogos 2011
shah alam


Tuesday, August 16, 2011

Saat - saat itu berdetik

jarum saat bergerak. aku lihat. aku hitung satu persatu gerakan. sambil terbaring aku hilang terbang jauh berfikir di luar kotak selesa aku.

masa lepas adalah perkara paling jauh dari kita, kawanku pernah beritahu. katanya dibaca pada pesanan ulama terdahulu, aku kurang pasti. aku cetek hal ini. maafkan aku.


detik hati berbisik pada akal fikiran. disuruhnya tafsir satu persatu maksud ayat. betul. mana mungkin kau gapai satu saat yang sudah lepas. apatah lagi tahun - tahun lepas yang dah jalan lama dah. yang ada hanya masa hadapan. memang patut tiada sesalan.


tapi tiba - tiba aku tersedar.


tatkala aku berfikir tentang betapa masa lalu itu jauh dariku, beberapa saat baru saja berlalu, telah pun menjadi masa lalu. tapi aku masih berfikir tentang betapa masa lalu itu tak mungkin aku gapai.

tapi apa yang aku dapat? tak ada apa, cuma masa lalu yang aku redhai. itu saja.


beberapa saat telah pun rugi. aku masih disini.


ah sudah.



Thursday, August 4, 2011

Tertulisnya Untuk

kirimkan assalamualaikum kepada penerima
curahkan syukur hamba padanya
sampul putih hamba biar kotor tak apa
isinya utus; itu pertama

terutus rangkaian kata yang ringkas
tak pernah sehuruf pun harap dibalas
bacalah penerima; perenggan-perenggan
kugiran berlagu dalam coretan

apa lah sangat si hamba ini
terletaknya hanya bawah monarki
pencacai hangit; tengok pun geli
Bongkok tatkala penerima berdiri

maafkan hamba; itu saja yang mampu
kertas-kertas; janji dan lagu
kalaulah ikhlas itu barangan
hamba balut elok buat hantaran

tapi hamba miskin; hina dan dina
hidup hamba layak di kaki lima
tak kesah hamba hari-hari dikutuk
asalkan sampai utusan
Tertulisnya Untuk....



shah alam 7.03petang; 4 puasa.
4 ogos 2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...